Pages

Sunday 2 September 2012

Bajet Custom Rig Pc for cheapskate

spec pc yang aku nak kongsi ni aku rasa sesuai untuk kaki game yang bajet tak cukup macam aku. nak beli  pc allienware aku tak mampu. jadi kenalah custom sendiri yang bajet punya. apa pun harga dan product mungkin berbeza mengikut tempat dan kedai. 

bajet aku rm2000. dan spec yang aku mahu:

spec:
motherboard-gigabyte 970A-DS3
processor-AMD FX 4100 3.6ghz
grafik kad-Asus GTX 560 ti DCii Top/2DI/2GD5
power supply-silent pro 800w
cooler- cooler master hyper 212 Evo
ram- Corsair Vengeance DDR3 1600mhz 8gb Twins
hard disk-western digital 500gb
DVDRW-24x samsung
casing-cooler master(stock takda jadi aku ambik thermaltake)

inb4 pc ni aku beli masa awal bulan puasa lalu. tapi baru 3hari lepas aku ambil dari rumah kakak aku. servey punya servey. akhirnya aku beli di kedai jayacom lowyat branch. actually ini kali kedua aku beli pc kat kedai jayacom. 1st pc aku dulu pun aku beli di jayacom tapi di digital mall pj. masa tu 2008. tak sangka da 4tahun berlalu. serius masa amat pantas bagi aku. 

ok, adakah bajet aku dapat memenuhi spec yang aku mahu? jawapannya tidak. malah lari bajet aku. total cost untuk pc ni adalah RM2700. tak termasuk Samsung Led RM545 dan aksesori lain seperti keyboard, mouse, speaker dan HDMI cable. 



view depan

view atas. ada dock untuk hard disk. boleh attach macam masuk pendrive!

view belakang
review:

selepas siap masukan window, driver dan software-software yang sepatutnya, perkara 1st yang aku buat adalah aku install game. antaranya fifa 12 dan left 4 dead 2.  kedua dua game ni aku dapat main dengan menggunakan high resolution 1920x1080 dan amat smooth sekali. dan tidak bising macam pc lama aku dulu. dan juga tak cepat panas. pasni mungkin aku patut cuba game yang lebih tinggi spec macam ghost recon, battle filed 3, cod black ops, cyrsis 3, skyrim, mass effect 3, n of cos counter strike global offensive!.

dalam masa tiga hari ni juga tak banyak yang aku dapat buat untuk uji performance pc nih. kecuali bermain game dan melakukan pemindahan file yang besar dari external hd ke hd pc. motherboard ni juga ada 8 slot usb drive 3.0 di belakang dan 2 slot di hadapan menjadikannya 10 usb slot. cukup rasanya untuk aku. pemindahan file secara copy n paste bagi file 6-8gb hanya mengambil masa lebih kurang 8-9 minit sahaja!. dan tak perlu tunggu terlalu lama.




6 comments:

  1. ini klu min games confirm best nie...digital mall pj memang mcm2 eksesori ada kat sana , murah pun murah...kekeke

    ReplyDelete
  2. wowww . boleh tahan ekk. hahaha nak nak untuk org yg mcm sy. suka main game hahaha.bagus jugak tuu

    ReplyDelete
  3. klau guna lappy utk main game mmg hang laa.. pc jgak yg sesuai ^^

    ReplyDelete
  4. tak nak overclock?

    ReplyDelete
  5. kalau pump bajet skit lagi blh ambik i5 & mobo..lagi syok!

    ReplyDelete