Pages

Monday 3 September 2012

Review: ISS Space Suit Extravehicular Mobility Unit

suit angkasawan Bandai-another old stuff review!

adakah anda peminat dunia angkasa? jika ya suit angkasawan ini adalah model wajib tayang di meja desktop anda sambil menonton filem october sky@rocket boy pasti memberi pengalaman seolah olah anda bakal meneroka dunia angkasa!

ok, apa yang menarik ISS space suit nih?  ISS Space Suit ni adalah model kit yang perlu di pasang sendiri sama seperti model kit gundam. di datangkan dalam size menyamai Master Grade(MG) dengan kualiti yang kemas dan mudah untuk di pasang. pertama sekali gambaran dalam fikiran aku bila tengok kotak ISS Space Suit nih, aku tertanya tanya adakah suit angkasawan nih lembut macam baju? oh. sebenarnya tidak. langsung tak sama macam yang aku fikir. badannya keras macam robot gundam jugak.

bagi aku, aku tertarik dengan backpack dan helmetnya sebab didatangkan dengan set lampu LED yang di jana melalui bateri di belakang backpack. bahagian ini sangat menarik ketika proses pemasangan! selain dari itu. biasa biasa sahaja. sama seperti memasang robot gundam.

harga? harga   ISS Space Suit Extravehicular Mobility Unit ni sangatlah tak berbaloi aku rasa. harga yang aku lihat di Aeon@Jusco Midvalley adalah sekitar rm240! ini sangat mahal walaupun ada tag 10% less. tapi kenapa aku beli? oh. aku tak beli di jusco. aku beli di garage sale lowyat.net dengan special price. cuma rm140 sahaja! itu pun tinggal dua unit. ok jom enjoy gambar2 dibawah!

kotak standard bagi size MG

ada 6 runner untuk di pasang cantum


set LED untuk dipasang. bahagian paling aku suka.



pandangan sisi depan

pandangan sisi kiri

pandangan sisi belakang

pandangan sisi kanan



lampu LED yang sangat terang.


thanks for viewing

5 comments: