Pages

Monday 10 September 2012

MG GAT X-103 BUSTER


setelah hampir 10 tahun kewujudan siri animasi Gundam Seed (2002-2012), akhirnya BANDAI  telah berjaya meneruskan kesinambungan pengeluaran mecha dari siri GAT-X103 Buster. dalam Pameran Tokyo Toy Show baru-baru ini pihak Bandai telah membuat beberapa pendedahan prototype Buster dalam skala MG secara berwarna selain rumour terdahulu yang menampilkan rekaan Buster dalam bentuk Mould yang tidak berwarna.  

Sebagai peminat siri Animasi Gundam Seed dan Destiny, kemunculan robot Buster dalam skala Master Grade telah lama di tunggu-tunggu walaupun sebelum ini telah ada  dalam skala lain seperti 1/100 non-grade dan robot damashi, namun tetap tidak berjaya menarik perhatian ramai peminat gundam.

tarikh pengeluaran adalah sekitar pertengahan September 2012 ini dengan ramai pengedar telah mula mengambil pra tempahan. sekiranya anda berminat bolehlah buat tempahan sekarang dengan harga 4200Yen -+RM140! seunit.






















Monday 3 September 2012

Review: ISS Space Suit Extravehicular Mobility Unit

suit angkasawan Bandai-another old stuff review!

adakah anda peminat dunia angkasa? jika ya suit angkasawan ini adalah model wajib tayang di meja desktop anda sambil menonton filem october sky@rocket boy pasti memberi pengalaman seolah olah anda bakal meneroka dunia angkasa!

ok, apa yang menarik ISS space suit nih?  ISS Space Suit ni adalah model kit yang perlu di pasang sendiri sama seperti model kit gundam. di datangkan dalam size menyamai Master Grade(MG) dengan kualiti yang kemas dan mudah untuk di pasang. pertama sekali gambaran dalam fikiran aku bila tengok kotak ISS Space Suit nih, aku tertanya tanya adakah suit angkasawan nih lembut macam baju? oh. sebenarnya tidak. langsung tak sama macam yang aku fikir. badannya keras macam robot gundam jugak.

bagi aku, aku tertarik dengan backpack dan helmetnya sebab didatangkan dengan set lampu LED yang di jana melalui bateri di belakang backpack. bahagian ini sangat menarik ketika proses pemasangan! selain dari itu. biasa biasa sahaja. sama seperti memasang robot gundam.

harga? harga   ISS Space Suit Extravehicular Mobility Unit ni sangatlah tak berbaloi aku rasa. harga yang aku lihat di Aeon@Jusco Midvalley adalah sekitar rm240! ini sangat mahal walaupun ada tag 10% less. tapi kenapa aku beli? oh. aku tak beli di jusco. aku beli di garage sale lowyat.net dengan special price. cuma rm140 sahaja! itu pun tinggal dua unit. ok jom enjoy gambar2 dibawah!

kotak standard bagi size MG

ada 6 runner untuk di pasang cantum


set LED untuk dipasang. bahagian paling aku suka.



pandangan sisi depan

pandangan sisi kiri

pandangan sisi belakang

pandangan sisi kanan



lampu LED yang sangat terang.


thanks for viewing

Sunday 2 September 2012

Bajet Custom Rig Pc for cheapskate

spec pc yang aku nak kongsi ni aku rasa sesuai untuk kaki game yang bajet tak cukup macam aku. nak beli  pc allienware aku tak mampu. jadi kenalah custom sendiri yang bajet punya. apa pun harga dan product mungkin berbeza mengikut tempat dan kedai. 

bajet aku rm2000. dan spec yang aku mahu:

spec:
motherboard-gigabyte 970A-DS3
processor-AMD FX 4100 3.6ghz
grafik kad-Asus GTX 560 ti DCii Top/2DI/2GD5
power supply-silent pro 800w
cooler- cooler master hyper 212 Evo
ram- Corsair Vengeance DDR3 1600mhz 8gb Twins
hard disk-western digital 500gb
DVDRW-24x samsung
casing-cooler master(stock takda jadi aku ambik thermaltake)

inb4 pc ni aku beli masa awal bulan puasa lalu. tapi baru 3hari lepas aku ambil dari rumah kakak aku. servey punya servey. akhirnya aku beli di kedai jayacom lowyat branch. actually ini kali kedua aku beli pc kat kedai jayacom. 1st pc aku dulu pun aku beli di jayacom tapi di digital mall pj. masa tu 2008. tak sangka da 4tahun berlalu. serius masa amat pantas bagi aku. 

ok, adakah bajet aku dapat memenuhi spec yang aku mahu? jawapannya tidak. malah lari bajet aku. total cost untuk pc ni adalah RM2700. tak termasuk Samsung Led RM545 dan aksesori lain seperti keyboard, mouse, speaker dan HDMI cable. 



view depan

view atas. ada dock untuk hard disk. boleh attach macam masuk pendrive!

view belakang
review:

selepas siap masukan window, driver dan software-software yang sepatutnya, perkara 1st yang aku buat adalah aku install game. antaranya fifa 12 dan left 4 dead 2.  kedua dua game ni aku dapat main dengan menggunakan high resolution 1920x1080 dan amat smooth sekali. dan tidak bising macam pc lama aku dulu. dan juga tak cepat panas. pasni mungkin aku patut cuba game yang lebih tinggi spec macam ghost recon, battle filed 3, cod black ops, cyrsis 3, skyrim, mass effect 3, n of cos counter strike global offensive!.

dalam masa tiga hari ni juga tak banyak yang aku dapat buat untuk uji performance pc nih. kecuali bermain game dan melakukan pemindahan file yang besar dari external hd ke hd pc. motherboard ni juga ada 8 slot usb drive 3.0 di belakang dan 2 slot di hadapan menjadikannya 10 usb slot. cukup rasanya untuk aku. pemindahan file secara copy n paste bagi file 6-8gb hanya mengambil masa lebih kurang 8-9 minit sahaja!. dan tak perlu tunggu terlalu lama.