Monday, 13 August 2012

Trip: kundasang, sejuk mengalahkan genting

entri ni adalah sambungan kepada entri Pengalaman memandu di Sabah:Tawau-Kundasang.

sebelum ni aku ada cerita yang Heritage Hotel Kundasang merupakan salah satu tempat shooting dalam drama dejavu kinabalu kan?actually aku pun tak nonton drama ni. tapi mak aku yang bagi tau selepas kami balik dari kundasang. kalau korang penonton setia drama dejavu kinabalu mesti perasaan scene akasyah di jambatan gantung sama dengan gambar adik aku kat bawah ni. ahaks


kepada korang yang belum pernah atau bercadang nak bercuti ke sabah, salah satu tempat yang best korang mesti pergi aku cadangkan adalah ke kundasang. kat sini ada banyak tempat tempat menarik ala cameron highland. strawbery farm, tea farm, kundasang war memorial, mesilau dairy farm ala new zealand, and sudah pasti kepada penggemar hiking disinilah tempat untuk membuktikan kemampuan korang menawan gunung kinabalu setinggi 4095m dari aras laut!. 

ok, di sekitar kundasang ni sebenarnya banyak hotel dan chalet yang menarik selain heritage hotel yang kami duduk. harganya pun tak mahal sangat sebab mak aku yang bayar. yang paling best, hotel kat sini takda aircond. kundasang punya ambience memang cool. sejuk mengalahkan genting. patutla c mami pesan suruh aku bawak sweater. katanya dulu kawasan disini lebih sejuk dari yang aku rasa sekarang.


view mount kinabalu. betul betul depan chalet aku. sangat takjub ciptaan tuhan.

28mei 6.30am
berbeza dengan tawau, ambience di kundasang sama sekali berbeza. cuacanya yang sejuk menyebabkan aku mudah rasa nak buang air kecil. malah sang suria juga lambat muncul berbanding tawau. hari aku bermula dengan menikmati permandangan indah melihat kecantikan gunung kinabalu sambil menghirup udara segar lagi nyaman yang mana tak mungkin dapat di nikmati di kl. 
perkampungan kaki gunung. nyaman dan segar. 
aktiviti seterusnya adalah bersarapan. mula-mula ingat nak sarapan di hotel, then dorang gang gang konvoi ajak turun makan di warung di pekan kundasang. berikut adalah aktiviti kami melawat ke mesilau dairy farm, ladang teh, strawberry farm, kundasang memorial war dan dan aku pun da tak berapa ingat.  



gerai hasil pertanian yang dijual. murah-murah+segar!


kat sini juga dijual makanan tradisi orang ranau yang korang takkan jumpa di tempat lain apatah lagi disemenanjung. buah bambangan dan tuhau. aku lupa nak snap gambar dua benda tu.
view di mesilau chalet.



mesilau dairy farm




oh ya, aku juga ke kundasang war memorial. apa yang menarik kat sini? untuk peminat sejarah and kisah perang dunia ke II, korang wajib datang ke sini untuk lihat apa yang nak diceritakan dalam memorial ni. sebenarnya memorial ni dibina untuk memperingati satu kecelakaan besar semasa perang dunia kedua dulu iaitu Sandakan Death Marches. dalam peristiwa tersebut 2428 orang askar Australia dan British yang ditangkap dalam siri battle of singapore(1942) telah dihantar ke borneo untuk menjadi tahanan perang diKem POW Sandakan. at the same time pihak jepun yang sedang ghairah menakluk asia giat menjalankan aktiviti fasiliti ketenteraan seperti jalan keretapi maut di burma. jika di tanah melayu masa tu ramai orang melayu dan cina dihantar sebagai buruh paksa, di borneo askar british dan australia serta penduduk tempatan menjadi mangsa untuk membina landasan kapal terbang. lalu mereka telah dikerah untuk berjalan kaki dari Sandakan ke Kota Kinabalu bagi membantu misi pihak jepun seperti membawa peralatan perang dan barang-barang. tahukah anda ini sangatlah kejam. naik kereta pun kebas punggung, lenguh pinggang nak tercabut lutut, macam mana kalau berjalan kaki dalam hutan tebal dalam tahun 40an dulu? ok, dalam perjalanan ke KK, mereka singgah di ranau iaitu disekitar memorial ini dibina dan kebanyakan tahanan mati disini akibat keletihan, kecederaan, kekurangan makanan dan ubat-ubatan. event malang ini juga menyaksikan cuma 5orang askar australia yang masih hidup dan seorang askar british. malah dikatakan anak cucu mereka masih lagi datang ke tugu ini bagi memperingati datuk-datuk dorang.





sebenarnya banyak lagi cerita dan gambar-gambar pasal percutian di kundasang ni, tapi aku short-kan ceritanya. thanx sebab sudi take time untuk baca entri yang tak seberapa ni. so tunggu apa lagi, go travel yo!

48 comments:

  1. wahh, seronok !!

    epysilence.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. di jamin seronok. i love sabah. :D

      Delete
  2. Replies
    1. wah..tanie orang kundasang ka? hehe. nda sangka ba. :D

      Delete
  3. teringin juga nak ke kundasang...bila ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pilih jawapan berikut.
      a)bila ada peluang?
      b)bila ada masa?
      c)bila ada duit?
      d)bila ada orang belanja?

      ahaks

      Delete
  4. nak pergi sabah jugak,,tak aci la macha dah pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi lar..macha tak larang pon. ahaks.

      Delete
  5. itu ea macha? pakai baju biru tu- hik
    oh, itu kinabalu sangat magnifique - dan itu dairy farm, kalo buat photoshoot mesti gempak uh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tak kot. macha ni driver lori cari besi buruk jer. haha

      dairy farm? ha ah. dslr fan sure suka bab gambar gambar ni kan.

      Delete
    2. sure suka macha...apada nama mmg macha ke apa? hehe

      Delete
    3. haha. takder lah. macha ni nama sempoi sempoi jer dalam blog ni. senang orang nak ingat. haha

      Delete
  6. adek ek?/ heheheheh... abang, adeq tumpang lalu ek?? hehehheh...peace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. nampak gambar awek terus ko komen ar.

      Delete
  7. beznyer... cantik tempatnya^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat2. cepat booking tiket sekarang ke sabah!

      Delete
  8. wahhhh bestnyerr . hehe nak itot boleh kalau awak nak pergi lagi hehehe

    ReplyDelete
  9. wah ,best nye pegi sabah ..bila lah dpt pegi ni ..aishh

    ReplyDelete
  10. Cantiknyer !!! nmpak mcm kt luar negara plak.
    tak de rezeki lg nk smpi bumi sbh n sarwk T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..sebenarnya borneo ni among the best place must visit before u die. malah dalam sebuah dokumentari tajaan bbc, borneo turut di jadikan tempat kajian dorang. lupa plak apa nam buku tu ek? itu la asyik main game. lupa habis benda ilmiah. hoho

      btw macha doakan korang semua ada rezeki untuk ke sana. amin

      Delete
  11. waaa...santek la.. tingin nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcoz la...siok o...jom la ba. :D

      Delete
  12. jauh.. sponser tiket flight boleh? dr terengganu? hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg pun mak yang sponsor. cmner ek nak sponsor CK? haha

      Delete
  13. wah asiknya jalan-jalan.... yuk jalan2 dimari juga ..
    :)
    by I-Pub

    ReplyDelete
  14. teringin nak pergi... especially yang dairy farm tu.. view macam kat new zealand kan.. padahal dalam negara je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. memang berbaloi ke sana. boleh minum susu segar yang di proses terus dari ladang. :D

      Delete
    2. erkkkk, tapi saya tak minum susu... nak g amik gambar kat yang ada pagar tuh.. feeling2 duk obersea.. hahah

      Delete
    3. napa tak minat? ruginyee...sedap oo fresh milk!

      haha

      Delete
    4. ntahla.. kalau minum je, konfirm muntah.. so memang tak rasa nikmat rasa susu dari kecik lagi

      Delete
  15. sya dah pernh p sabah,tp tak jejak lgi kundasang ni..cz duk kk jer..wahh,sgt best laa..xsgka,malaysia pun dh mcm luar negara..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh chot da sampai sabah. ok la t. kundasang dengan kk tak jauh suda. dalam 2jam lebih jer. next time ke sabah jangan lupa ke kundasang tau.

      Delete
  16. wah.. cantek !

    p/s : batch 2011/2012... u?

    ReplyDelete
  17. Saaaana ranau.. :)
    My hoemtown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. len inouie orang ranau eh? best la. sejuk sana.

      Delete
    2. Yup! orang ranau. Bulan lepas balik ranau la. :)

      Delete
  18. pegi la try naik gunung tu skali... baru rock.. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal..tapi saya ni takda stamina lah..cik ayu da biasa naik eh?

      Delete
  19. Next week nak p sabah. If u don mind nak tanye details pasal trip ni. Boleh drop email or email ke mey_roxana@yahoo.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori awak. tak perasan ada komen kat sini. :(

      Delete
  20. cantik :)

    takde duit lagi na pi. sobsob

    ReplyDelete
  21. Saya.. Kundasang ngn Cameron x jauh beza.. Dua dua tempat nie memang best... sblm nie penah g kundasang n baru2 nie saya p Cameron.. Best tau.. :D

    ReplyDelete
  22. wa bestnye....nak details how to get there Dr kk...ke kundasang... chartered kereta atau drive sendiri..the hotel....anything...

    ReplyDelete
  23. en azhar, trip ke kundasang nih saya pergi famili convoy dari tawau. drive kereta sendiri. maaf, saya takda info bagaimana nak pergi dari KK dengan kereta sewa. perjalanan dari KK ke kundasang/taman kinabalu tak lebih dari 2jam biasanya.. tapi kalau nak climb gunung kinabalu memang banyak travel agency tawar full pakej bermula dari en azhar sampai ke airport kk hinggalah pulang. mengenai hotel, memang banyak hotel dan chalet terdapat di kundasang. hotel yang saya tinggal masa di kundasang namanya Perkasa Hotel@Heritage Hotel. tapi ada lagi hotel dan chalet yang menarik seperti Mesilau Chalet. mungkin en azhar boleh google Backpakerbusuk.blogspot.com dia banyak travel secara bajet dan bagi banyak info yang lebih detail. :)

    ReplyDelete
  24. cubalah menginap di Kg. Mesilau, banyak chalet di situ, tempat ni lebih tinggi drpd semua hotel dekat pekan Kundasang....contohnya di Kiram Village, nak lagi cantik pi Philip Garden chalet(semua agak murah berbanding Mesilau Nature Resort). Pastikan ada jaket tebal, awal pagi temperature buleh turun sampai 10 degree Celsius, pernah turun sampai 7 degree Celsius!

    ReplyDelete