Saturday, 11 August 2012

Pengalaman memandu di Sabah:Tawau-Kundasang

sambungan kepada entri Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.

view from promenade hotel tawau. around 5.30AM
cuba korang tenguk picta kat atas tu. itulah pemandangan bandar tawau sekitar jam 5.30pagi sekitar bulan may lalu. matahari da mula sunrise. patutla c mami selalu tidur awal. jam 5.30pagi da cerah macam ni. kalau di penang or kl for sure masih berselimut. azan subuh pun belum lagi. 

28mei 6.00am
seperti dirancang, c mami suruh aku bersiap awal sebab pagi nih kami akan mula bergerak ke kundasang! maka aku pun bersiap cepat sebab tak nak c mami menunggu aku. selepas bersiap aku pun naik ke tingkat 7 ke dewan makan untuk sarapan. kelihatan aku yang pertama di dewan makan. mungkin tetamu hotel yang lain masih belum bangun? 

kosong. 
sarapan roti dengan susu segar. 
elok elok jer aku habis sarapan, c mami pun call gtau yang dia da sampai n sedang menunggu aku dilobi. so, aku pun turun dan check out. sampai di kereta kelihatan c nana n qila tengah tersenyum menunggu. then mami pun drive menuju ke petronas isi minyak sebelum ke sekolah mami untuk bersama kawan kawan mami yang lain. 

plan asal, mami akan drive bergilir gilir dengan kawannya. tiba tiba plak sampai disekolah kawannya kol dia tak dapat ikut kami. secara tak rasmi aku akan jadi assistant mami untuk perjalanan jauh kami ke kundasang. untuk makluman lesen aku baru jer mati. lesen P ya. masih dalam latihan. aku memang tak sempat nak renew lesen since kedatangan aku ke tawau ni pun ad hoc. mami saja saja jer ajak aku ke kundasang n tak sangka aku setuju. lalu mami pun terus beli tiket untuk aku. tanpa persediaan aku pun terus fly ke tawau.

selepas berkumpul kira kira 8 buah kenderaan semuanya, kami pun mula bergerak dari sekolah mami. katanya perjalanan dari tawau ke kundasangan akan take time 8-9jam. itupun kalau perjalanan smooth takde apa apa masalah kenderaan atau cuaca. faham faham jerlah keadaan geografi di sabah dengan gunung dan bukit bukaunya. memang mencabar bagi sesiapa yang tak pernah drive kat sini.

07.00am
dari tawau kami bergerak. mami yang akan pandu dulu hingga ke lahad datu. di lahad datu kami berehenti untuk makan. perjalanan mengambil masa sekitar dua jam. anggaran perjalanan macam kl-ipoh. then aku pula mengambil tempat sebagai driver utama sampailah ke kundasang! ini 1st time aku drive tanpa lesen and 1st time aku memandu di sabah. melalui bandar check point, ada sekatan polis. mujur lepas. aku tak tau apa akan jadi kalau polis tu tahan minta lesen. mungkin aku tak gementar sebab ada c mami di sebelah yang boleh uruskan aku? 

Pengalaman berharga memandu di sabah
drive di sabah tak sama macam di semenanjung. jalan kat sana berbukit dan bengkang bengkok. lane untuk potong pun tak banyak. mostly takdelah. kalau nak over take kenderaan lain pandai pandai koranglah. so aku memang drive slow dari kenderaan convoy kami yang lain. mungkin persamaan yang boleh aku cakap umpama jalan dari baling-grik-jeli-machang. takpun karak-gua musang. kalau ada lori atau bas di hadapan, memang letih nak follow sebelum ada peluang nak potong. kalau tak pandai bajet, maka jadilah macam gambar di bawah ni.
ihsan google. 
alhamdulillah. sepanjang aku drive dari lahad datu ke kundasang, takda apa apa masalah yang aku hadapi. takda accident. tapi masa perjalanan pulang dari kundasang ke tawau, tengah sedap sedap memandu, datang dari arah belakang ambulan. tak lama kemudian ada sebuah double cab terbaring atas jalan dengan 4 tayar di atas. mungkin dia terbabas sebab nak over take kenderaan lain at the same time ada kenderaan dari arah bertentangan. 

sepanjang perjalanan dari tawau ke kundasang, aku melalui kawasan atau persimpangan seperti laluan ke kunak dan ke sempoarna, lahad datu, bandar check point ke kk atau ke sandakan, persimpang  ke beluran hinggalah ke ranau dan kundasang. dikiri kanan jalan hanya pemandangan hutan dan perkampungan. cantik dan mendamaikan. tapi aku tak nampak hospital disepanjang jalan ke kundasang. since berlaku kemalangan masa pulang dari kundasang, baru aku terfikir dari mana ambulan tu datang di tengah tengah hutan ni? dan kemana dia nak bawa? mestila ke hospital. apela ko ni..

untuk lebih jelas ini map route yang aku lalu.



sekitar jam 4pm, kami pun selamat tiba di heritage hotel aka perkasa hotel kundasang. kalau korang perasan, heritage ni tempat shooting drama dejavu kinabalu yang tv3 tayang itu hari. nanti aku masukan gambar gambar kat sana. ok bye.


7 comments:

  1. yela... cerah gila 5.30 pagi mcm pukul 8 kat semenanjung :)

    ReplyDelete
  2. wah, elok2 drive gitu kalao nak ke sana ea, kat route map tu takde kundasang pun, mana kah ia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kundasang tu terletak dalam daerah ranau. hehe

      Delete
  3. Woaaaahhh~~~~ aku faham2! Hari tu len gedik nak drive 4x4 abang.
    Giler rasa lain drive. 2 way dan jalan macam main game.
    Takdenyer nak speed 150km/h.

    Kalau nak feel algi best, drive lalu kundasang masa malam. Hohohoh..tak pun time hujan. Good luck drving dgn penglihatan sejauh 10m jer.

    ReplyDelete
  4. Wah.. nice la entry nie.. Rindu nak balik Tawau.. kalau ada button like, dah lama aku like entry nie... :D

    ReplyDelete